Tuesday, 15 May 2012

TOLOK

PENGENALAN :

TOLOK BENGKEL : Ianya digunakan untuk menguji saiz komponen.Selalunya ia  terdapat didalam bentuk yang  tetap dan tidak boleh dilaraskan.

PENGUNAANYA  :  Didalam bengkel kejuruteraan, alat tolok ini digunakan untuk menguji,  memeriksa  atau meneliti komponan (pengeluaran)  yamg mana telah dibuat dan siap penyudahannya.  Tolok mempunyai dua bahagian penyukatnya  digunakan untuk mengukur dua dimensi untuk memastikan  ia didalam  had  ukurannya.  Bahankerja mestilah masuk didalam  pengegasan tolok dengan baiknya untuk kelulusan.

Setiap  sesuatu jenis tolok mempunyai namanya yang  tersendiri.Tolok diperbuat  daripada  bahan keluli berkarbon tinggi,  supaya alat tolok dapat  menentang kehausan.Walau bagaimanapun terdapat juga  jenis-jenis tolok diperbuat dari bahan yang berlainan dan penandaan  sesuatu saiz distampkan pada alat tolok tersebut.



AKTIVITI PELAJARAN

JENIS TOLOK:




1. TOLOK GERUDI
Saiz garispusat pada mata gerudi ada ditandakan dibahagian batang mata gerudi tersebut.Pada  amnya kebanyakan mata gerudiyang  kecil saiznya  diukur dengan mengunakan "tolok gerudi" Kadangkala terdapat juga mata gerudi yang tersalah ditandakan saiznya,olehitu eloklah bagi kita untuk memeriksa saiznya dengan tolok gerudi.Didalam bacaan pecahan saiznya terdapat dirangkaian dari garispusat 1/16" hingga 1/2",gerudi yang bernombor pula terdapat didalam rangkaian dari 1 hingga 60 , 60  hingga 80 dan  gerudi  berhuruf pula  dirangkaiankan dari huruf  A hingga Z.



                                       
 



2. TOLOK  SUDUT /PANJANG BIBIR MATA GERUDI

Jenis tolok sudut adalah untuk menguji dan memeriksa sudut mata gerudi 30x,45x,75x,90x,118x,120x,130x,145x, dll. Manakala Jenis tolok panjang bibirmata gerudi adalah untuk menguji dan memeriksa bibir pada mata gerudi mesti sama panjang dikedua-dua belah.






3. TOLOK WAYAR

Alat yang lebih sesuai bagi mengukur  atau memeriksa  ketebalan pada kepingan logam dan  garispusat pada wayar adalah dengan mengunakan tolok wayar  atau  dikenali juga dengan  nama tolok kepingan  logam.ketebalan pada plat     atau garispusat pada wayar akandisesuaikan  pada lurah atau lubang pada  plat    tolok    tersebut.Penandaan  saiznya  ada  ditandakan bagi senang dibaca.





4.TOLOK PERASA

Ia juga dikenali sebagai tolok ketebalan.Diperbuat dari kepingan bilah keluli yang nipis dan dilipatkan didalam sarungnya.Ketebalan pada setiap bilah ditandakan sama ada boleh dibaca didalam inci atau metrik. Supaya si penguna dapat membaca ukuran ketebalan pada bendakerja atau had terima bagi sesuatu kelegaan.Ia digunakan bagi membuat perangkaaan dengan daya merasa (sense of touch).








5. TOLOK PITCH SCREW

Satu cara yang paling cepat dan effisien bagi mencari bilangan benang dalam seinci
diatas bolt atau nut adalah dengan mengunakan tolok pitch skru.Bagi benang metrik
ianya digunakan untuk membaca pitch pada benang yang diukur.







6.  TOLOK JEJARI

Juga  dikenali sebagai tolok fillet ada  mempunyai beberapa bilah mata yang mana boleh dilipatkan  kedalam sarongnya. Ia mempunyai bacaan didalam inci  dan metrik. Ia digunakan untuk mengukur jejari sama ada jejari luar atau dalam.



No comments:

Post a Comment